Sunday 24 November 2013

Sentiasa menjadi kenangan yang terindah.

tak tahu kenape sejak kebelakangan ini,
asyik mood sedih jek.
padahal takde ape pun yang buat aku sedih.
kadang² tak paham dengan diri sendri dan ape yang aku fikirkan.
semuenye hanye bermain di fikiran.
sekarang ini pulak aku menginginkan sesuatu yang sangat mustahil.
tapi tak salahkan kalau aku cube luahkan kat dalam blog ini,
kalau rase taknak bace tak payah bace lah ye.

Saturday 23 November 2013

Rasa terhenti disini.

Pada pagi hari yang cerah awan seakan² mendung, sepertinye tahu bagaimana hati aku merasakan, rase seperti gelisah dan tak tentu arah, entah kenape aku merasakan begitu. rasanye seperti ade sesuatu yang tidak kene dengan hati ini, rase seperti sunyi, sakit, marah, rindu & sebagainya. tapi yang pastinye rase hati ini bukan sesuatu yang mengembirakan. kadang² rase macam nak menagis, rase macam dah tak sanggup menahan ape yang telah aku rasakan sekarang ini, terlalu banyak kejadian yang telah aku lihat, dan banyak kebahagiaan yang membuat aku mule jatuh dan tersungkur, seperti tidak mampu lagi aku bertahan walaupun hanye sedikit, ape yang aku rasekan ini? kenape perasaan aku berubah menjadi begitu lemah? kenape?

entah kenape aku jadi macam nie, mendengar khabar mu yang semakin membaik, semakin berubah. terase cemburu melihat kau bersamanya, tapi aku tidak pernah mengangu mu, dan tidak pernah mencari mu, kerana aku tahu kau bukanlah diciptakan untuk aku. tapi perasaan sayang ini bukannye boleh di buang begitu saja, bukan aku sengaje membiarkan aku terus sayang kepadamu, cume hati aku tak boleh berhenti menyayangi mu, maafkan aku. kerana tidak dapat melupakan mu, w'laupun kejadian kita sudah lame berlalu. kenape la kite bercinta dan berjumpa. rase seperti tidak ape ape yang telah dirimu buat kepada kuh, dan melayan orang laen lebih baik dari kuh.

mungkin betul kate orang laen, hati aku busuk, perangai aku teruk, mungkin aku hanye selalu menyusahkan dirimu sahaja selama perkenalan kita, terlalu banyak kesalahan diriku terhadap dirimu. entah kenape, kau begitu hebat dalam hatikuh, tak pernah turun dari carta, tenyata kau tetap carta yang pertama dalam hatikuh, walaupun macam² perkara yang cube aku lakukan untuk lupakan dirimu. tapi tak pernah berjaya, entah kenape sayang aku kepada kau begitu dalam, sehingga aku tak sanggup membuang segala perasaan itu. w'laupun aku tahu kini kau sudah mempunyai seseorang yang sangat bererti buat dirimu. tapi tak mengapa, mencintaimu dalam hati saja dah buat aku cukup gembira sayang.

ketika aku mendengar lagu Cinta Tak Harus Memiliki. aku selalu mengenangkan dirimu, w'laupun kenyataanya dirimu tidak pernah mengingati aku, walaupun aku tahu kenyataan itu. tapi dihati kecilku aku tetap berharap yang dirimu akan mengingati aku, walau hanye sedikit sahaja. aku selalu melihat gambarmu bersama lelaki lain, aku hanya melihat dan tatap gambar itu lama² hatiku berkata " sayng, kamu dah jumpe lelaki yang kamu cintai, kamu nmpk sangat bahagia. orang takkan merampas kebahagiaan kamu, orang akan mendoakan yang terbaik untuk kamu sayang ". sambil aku memegang gambar mu di pc, tanpa aku sedari air mata aku jatuh, setitik demi setitik, aku tahu itu tandanya air mata kebahagiaan melihat dirimu, bersama dirinya.

kau terlalu lame singgah dalam hidupkuh, smpai ke saat ini kenangan kita masih segar di ingatan, segalanya² masih lagi aku kenangkan, bila aku rase rindu aku hanya cube ingat kenangan tentang kita, aku sangat² merindui dirimu, tapi aku tak kan pernah mencari mu. kerana aku tahu, kehadiran aku dalam hidupmu hanyalah satu kenangan pahit bagi kamu. aku cube sebaik mungkin untuk melupakan dirimu, aku akan cube buang segala kenangan kita, tapi sekiranya dirimu masih memerlukan aku, aku sentiasa ada tak kira ape keadaan kamu sekali pun. kerana kamu adalah yang terbaik dalam hidup aku. ♥

walaupun kau tersungkur jatuh, aku akan tolong kau bangun, kalau tiada orang di sisi kau, aku sntiase ade untuk menemani, w'laupun kau sakit dan tiada siape bantu, aku sedia memberi pertolongan, kalau kau hampir kehilangan nyawa, aku sanggup mengantikan tempat kau, susah senang gembira duka bangun jatuh kau, aku akan sentiasa berada disisi kau. Kerana kau sangat bermakne untuk aku, sehingga kesaat ini.

Friday 22 November 2013

Hari ini..

Saye sangat sedih. sedih mengenangkan kisah antara kita, hari ini saya menagis kerane awak. saya hanye menagis dan terus menagis. hari ini seharian saya hanye ingat tentang awak. kenape awak jauh, kenape awak pergi. kenape awak tak memilih saya sebagai pemenang di hati awak? kenape awak?

saya tak boleh menjauhi diri dari awak ! saye tak boleh lupekan awak. saya tak boleh lupekan ape yang awak...... dah buat kat saya. saya tak nak kite berpisah, walaupun banyak kali awak menyakiti saya. andai awak tahu dalam hati saya cume ade awak sorang. dan hanye awak yang layak memiliki hati saya sepenuh nye, kenape awak harus pergi. walaupun saya yang mintak awak untuk pergi. tapi awak boleh datang balik kan. awak boleh buat U turn kan. awak boleh betulkan semue kesilapan awak kan. tapi kenape awak tak buat? kenape awak tak sanggup buat semue itu untuk saya kenape awak?

awak tahu, saya sanggup buat ape saje untuk awak. malah kalau awak nak saya korbankan nyawa saya untuk awak. saya sanggup buat awak. tapi sanggup ke awak buat semue itu untuk saya. sanggup ke awak? kenape hati awak tak same macam hati saya? kenape awak perlu mencari orang lain? orang lain yang boleh hilang kan rase cinta awak pada saya. kenape awak perlu wujudkan orang ketiga? kenapa awak?

awak selalu diam biler awak melakukan kesalahan terhadap saya. awak tak melawan biler saya marah awak, awak tak jawab biler saya tanye awak soalan yang saya nak tahu jawapannye, kenape awak perlu pergi untuk meninggal kan saya? kenape awak perlu curang terhadap saya? saya memang tak pernah cukup untuk awak kan.

tak cukup ke air mata yang mengalir ini? tak cukup lagi ke awak menyakiti saya? adekah awak ingin saya mati baru awak berpuas hati dan tidak menyakiti saya lagi. adekah itu yang awak nak dari saya? awak nak hapus kan saya dari dunie ini supaye awak dah tak boleh menyakiti hati saya lagi.

awak sedar tak awak, sebab perbuatan awak saya hampir jatuh dan tak mampu untuk bangun lagi. awak sedar tak bahawa saya sangat memerlukan awak. awak sedar tak bahawa saya sangat mencintai awak. awak pernah tahu tak perasaan saya terhadap awak? awak pernah tak menginginkan saya menjadi suami awak? tapi saya berharap sangat yang awak akan menjadi isteri saya. itulah impian saya.

kenape awak sanggup menghancurkan impian saya? kenape awak? kalau lah awak boleh jawab semue ini saya dah cukup berpuas hati. terime kasih awak sebab pernah datang dan pergi dari hidup saya. terime kasih awak sebab awak pernah bagi saya rase bahagia dan kecewe. terima kasih awak saya sangat bersyukur dapat mengenali awak selame ini. sampai ke saat ini. terime kasih awak.

Thursday 21 November 2013

Untuk Sesorang

Apakah salah kuh hingga kamu menyakiti aku begitu dalam beginikah cara kamu membalasnya sedangkan aku selalu ada di saat kamu terluka. seberape hinanya diri aku ini sehingga kamu sanggup buang semua yang telah aku berikan hanya untuk kamu, tak ada satu perasaan pun yang mampu buat aku begitu terluka. tapi aku terlanjur menyintai diri kamu, memang terlalu lambat untuk aku pergi dari... sisi kamu, perasaan itu sangat indah di dalam hati aku. Dan tak mudah untuk aku menjauhkan diri dari kamu. aku telah mencuba segala cara untuk membahagiakan kamu, untuk merebut hati kamu tapi semua itu tak mudah seperti yang aku bayangkan. Bila kamu yang tak inginkan aku berade disisi kamu, tak pernah aku merasakan sebelum ini, menginginkan diri kamu tapi aku tak kuasa menyakinkan hati aku bahawa aku mampu.

Mungkin ini semua memang takdir aku, mungkin hanye di kagumi tanpa dicintai tapi tak mengapa bagi aku. Asalkan kau bahagia dalam kehidupan kamu, dah lama aku pendam perasaan itu menunggu hati kamu menyambut diri aku, tapi tak mengapa bagi aku hanya dengan menyintai kamu dah cukup bahagia bagi aku. Aku hanye nak kamu tahu aku di sini sentiasa menanti diri kamu, meski pun aku akan menunggu sehingga ke akhir waktu dan berharap rasa ini akan abadi untuk selamanya, tolong izinkan aku memeluk diri kamu kali ini sahaja, untuk mengucapkan selamat tinggal untuk selamanya dan membiarkan rasa ini bahagia hanya untuk sekejap saja.

Wednesday 20 November 2013

masalah.

masalah yang selalu datang tanpa di udang. kerap hadir dalam kehidupan kite. kenape masalah selalu timbul? smpai bilew kite perlu hadapi masalah ini. aku dah penat dengan sume masalah yang aku kene tangung. sampai aku dah jadi lemah, malas nak fikir. tak larat nak buat pape. hanye berserah kepada yang esa. berdoa dan bertawakal. tuh yang aku buat. aku harus kuat hadapi seuma ini. bukan lah suatu yang mudah berdepan dengan semua mas...alah, aku suke ataw tak. aku kene hadapi nye. aku bukan insan yang lemah nak lari dari masalah. cume kdang² buntuh tak tahu nak buat ape. rase macam nak ambil jalan yang singkat. tapi aku masih waras. masih boleh berfikir secara matang. masalah yang kite hadapi. lame² akan selesai juge. biar lah camnie. pasti akan ade kecerahan di hujung nye. umpama selepas hujan pasti akan ada pelangi. begitu lah kehidupan kite, selepas bersusah payah. penat lelah kite. kekecewaan kite. pasti akan ada yang kebahagian di akhir nya :) hanya perlu bersaba jek. A'fiz boleh buat =)

Monday 18 November 2013

I miss you :'(

* Awak tahu tak saya sangat perlukan awak, tapi kenape awak tak ade kat sisi saya?

* Awak tahu tak saya selalu menagis sebab awak, tapi kenape awak tak ade untuk lapkan air mata saya?

* Awak tahu tak saya cemburu melihat awak gembira dekat sana, tapi kenape saya tak rasa gembira macam awak ?

* Awak tahu tak saya sangat rindu dengan kasih sayang awak, tapi kenape awak tak datang jumpe saya untuk beri semue itu?

* Awak tahu tak saya perlukan seseorang untuk buat saya bahagia, tapi kenape awak tak pernah muncul di depan saya ?

* Awak tahu tak merindukan awak tuh buat saya semakin menderita, tapi kenapa awak macam tak pernah rindukan saya?

* Awak tahu tak saya selalu berharap yang awak ade dengan saya, tapi kenapa awak hanye muncul dalam khalayan saya sahaja ?

* Awak tahu tak yang saya sayang awak sangat. tapi betul ke awak pun sayang kan saya?

* Awak tahu tak saya teringin bersama awak seperti dahulu, tapi kenape saya rase itu sesuatu yang mustahil?

* Awak tahu tak, saya teringin sangat nak ade awak dekat sini supaya saya boleh keluar dengan awak macam couple² yang laen. tapi kenape awak semakin jauh dengan saya ?

* Awak saya terfikir sekarang nie. betul ke awak jodoh saya?

* Awak betul ke penantian saya ini tak akan sia²?

* Awak boleh bagitahu saya tak siape yang boleh jawab semue pertanyaan saya, boleh tak ?

* Awak tahu tak saya tak pernah rase di tinggalkan oleh awak, kerana saya tahu yang awak bukan mempermainkan hati saya, betul kan ape yang saya cakap ini ?

* SAYA SANGAT MERINDUI AWAK, UNTUK SETIAP NAFAS SAYA.

Sunday 10 November 2013

Tentang Kehidupan.

Kehidupan kita ade turun naeknya, bila ada gembira pasti akan ade sedeh, kerana itu yang membuat kita merasai kehidupan yang sebenarnya. bila perkara yang membuatkan kita gembira pasti masih ada orang yang terluka kerananya. bila perkara itu sangat melukakan hati kita, pasti ade orang yang gembira kerananya.

kerana kehidupan kita tak sama seperti org laen, begitu juga nasib kita, kadang² nasib kita terlalu baek, kadang² nasib kite selalunya buruk. bila orang laen bernasib baek, kita selalu membuat perbezaan diri kita dengan dirinya, bila seseorg itu tidak bernasib baek, kite seharusnya bersyukur dengan ape yang kita ada sekarang nie.

kita hanya manusia yang sering melakukan kesalahan, tiada siape pun boleh lari dari kesilapan. kerana manusia tiada yang sempurna, kadang² kita terlalu terleka, akan indahnye kehidupan ini, dan selalu menikmatinya dengan cara yang salah, tapi kita masih dibuka untuk meminta keampunan, ALLAH selalu membuka pintu hati umatnye untuk berubah, kerana ALLAH sgt menyayangi seluruh umat²nya. dan ingin melihat semuenye umatnya tidak membuat dose tapi lebih banyak berbakti kepadanya.

kita seharusnya bersyukur dengan segala pemberian tuhan, dengan rezeki yang berlimpah, dengan kesejahteraan hidup. dan juga memberi kita kehidupan, mengenal erti kebahagaiaan, persahabatan, persaudaraan, kasih sayang, percintaan, semuenya terlalu indah buat kita semue, kite seharusnye menghargai setiap kejadian. kerana tuhan ingin kita mengerti erti kesyukuran, jgn la terlalu tamak, ego, prasangka, riak, takbur dan perbuatan yang jahat lagi, kerana semue itu adalah perkara die benci tuhan, dan melupakan kita asal usul kita, dari mana datangnya kita, dan dimana pengakhiran hidup kita.

percintaan adalah yang dirasekan oleh setiap manusia di muka bumi ini. perpisahan selalu terjadi, begitu juga dengan kebahagiaan. tak semue perkara berakhir dengan kebahagiaan. terlalu sukar melepaskan orang yang kita sayang, tapi kita seharusnye memikirkan jika die meninggalkan kita pasti die sudah tidak bahagia bersama kita, mungkin seseorg yang baru hadir dalam hidupnya sgt mengembirakan nya, patut ke kita bersedeh? seharusnya kita mendoakan kebahagiaannya, kerana dia sudah memilih kehidupan barunya, walaupun bukan dengan diri kita. betape perit pun kejadian itu, tapi itulah kenyataan. yang patut kita jalani. jangan hanye bersedeh tanpa memajukan diri. kerana itu sgt membuatkan org yang kita sayang rase bersalah. dan mungkin hanya bersikap simpati terhadap kita, adekah kita mahu di pandang sebegitu? kita ade maruah dan harge diri. menjagenye dengan semak² mungkin. supaya, senangnya die mencari kebahagiaan die, begitu juga dengan diri kita. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.