Tuesday 8 October 2013

Bicara Hati.

Kebahagian itu tak selalu datang,
Bila ianya datang kadang² kita terpaksa melepaskannya,
Kerana kebahagian yang datang mungkin bukan milik saya,
Biarkan ianya pergi supaya terbang lebih tinggi.

Hilangkan segala rasa,
Asalkan orang yang saya sayang merasa bahagia,
Tak mengapa mungkin saya yang terlalu percaya,
Bahawa cinta buat kuh sebenarnya tiada.

Mungkin aku berasa iri hati,
Kerana terlalu banyak kebahagian yang nampak di mata ini,
Cume aku yang tak sabar menanti,
Hari kebahagiaan kuh nanti.

Tapi entah biler saya nak merasa bahagia,
Kerana saya tak layak menerimanya,
Saya terlalu biasa hidup keseorangan tanpa cinta,
Dan saya harus teruskan sehingga ke akhir hayat saya.

Ramai yang terseksa kerana kebodohan saya,
Saya sudah buntu dan tak merasa apa-apa,
Saya rasa seperti saya tiada gunanya,
Biarlah saya membuat keputusan yang memuaskan hati semua.

Hati saya sudah saya tak perduli,
Kerana hati saya siape yang cube mengerti,
Biar saya pendam sendiri,
Mungkin ini lah pengakhiran kisah ini.

Biarkan saya gembira,
Untuk melihat orang lain gembira,
Biarlah saya gembira,
Melihat semua orang bahagia,
Biarlah saya bahagia,
Dengan cara mereka.

Saya leteh mengenangkan segalanya,
Segala perbuatan ada batasannya,
Saya hanya diam dan ikut sahaja,
Ape yang terbaik untuk mereka,
Saya akan menerimanya.

Kerana saya sayang mereka,
Lebih dari diri saya sendiri.

No comments:

Post a Comment