Saturday 20 August 2011

Kata - kata semangat diri sendiri.

jiwa ku terluka bagaikan kepingan² kelopak bunge yang berterbangan, tapi aku takkan jadikan itu satu kegagalan, aku akan jadikan itu sebagai satu kebangkitan. biarpun terluka, biar pun diseksa. aku akan bangun semula, mengalahkan segala kesakitan yang telah aku alaminya, setiap perkara ada gantinya. setiap perlakuan ada ganjarannya. setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

tak perlu mengeluh ataw menyalahkan sesiape, kerane kadang² kesakitan ini datangnye dari kita, kite yang belum lagi cukup sempurna untuk menjadi semakin dewasa, sebab itu kite sering di kaburi oleh org laen, yang ingin menjatuhkan kita. ALLAH S.W.T memberi kita dugaan yang setimpal dengan ape yang kite mampu lakukan. ALLAH S.W.T tidak akan menguji kita dengan perkara yang luar jangkaan. kehidupan yang masih panjang untuk kita jalani sebab itu ALLAH S.W.T tidak serik menguji hambanya, kerana tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat. setelah kte menghadapi segalanya, ALLAH S.W.T akan menjanjikan kebahagiaan yang kekal selamanya.

peristiwa yang berlaku sebelum ini, kita anggap la sebagai pendoman diri supaya kita mampu melangkah ke depan, dan bukan dibelakang. jangan terlalu berfikiran sempit dan merasa diri ini tiada kegunaanya, semuanye telah di tulis. itulah takdir yang kita patut hadapi, jgn takut dan jangan gentar, seperit mana pun kejadian kte mesti terus bersemangat untuk menjadikan itu sebagai pegangan, jangan la terlalu lemah untuk menghadapi dugaan. orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. teruskan usaha, kita pasti akan berjaya.

No comments:

Post a Comment